Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu.
Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan. Takaful juga berasaskan konsep Tabarru’ yang bermaksud DERMA bukan jual beli. Ianya terpakai apabila ada antara peserta di timpa musibah, maka sumbangan inilah di gunakan sebagai pampasan atau DERMA yang akan disalurkan kepada ahli keluarga peserta yg telah meninggal dunia.
Sahabat, niatkan dalam hati bahawa setiap sumbangan yg tuan2 & puan2 kreditkan dalam dana takaful ini adalah sebagai Sedekah utk Saham Akhirat.
No comments:
Post a Comment