Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.
Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu ahli keluarga yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid.Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.
APA ITU HIBAH?
Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)
KENAPA HIBAH ITU PENTING?
Hibah adalah penting kerana ia membolehkan pemilik aset atau pemilik hartanah mengagihkan kekayaannya kepada sesiapa sahaja – ahli keluarga dan bukan ahli keluarga, tanpa mengira agama mereka. Ini berbeza dengan faraid di mana hak dan bahagian waris-waris si mati adalah berdasarkan ketentuan dalam Undang-undang Syariah.
SIAPA KAH GOLONGAN YANG MEMERLUKAN HIBAH?
- Pasangan Suami Isteri yang tidak mempunyai Anak.
- Pasangan Suami Isteri yang mempunyai Anak Angkat sahaja.
- Pasangan Suami Isteri yang mempunyai Anak Perempuan sahaja.
- Pasangan Suami Isteri yang mempunyai Anak Orang Kelainan Upaya (OKU).
- Pasangan yang mempunyai Anak Lelaki dan Perempuan.
- Pasangan yang mempunyai Anak di Bawah Umur 18 tahun.
- Pasangan Suami Isteri yang membeli Rumah secara Pinjaman Bersama (Joint Loan).
- Suami dan Isteri yang memiliki Rumah yang masih di dalam Pinjaman Bank.
- Suami yang ber'Poligami'.
- Suami yang kematian Isteri dan berkahwin semula dengan Isteri Baru.
NAK TAK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, SAYA BANTU UNTUK MENYEDIAKAN HIBAH SEBAGAI PERSEDIAAN AWAL DENGAN NIAT UNTUK SAHAM AKHIRAT TUAN-TUAN & PUAN-PUAN DI DUNIA ABADI?
Jumlah HIBAH adalah mengikut kepada kepentingan, keupayaan dan kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan sendiri.
RM100,000..
RM200,000..
RM500,000..
RM1,000,000..
Tuan2 dan puan2 lah yang berhak untuk memilih sesuai dengan kemampuan. Jadi, apa tunggu lama2.. kerana kita tidak pernah tahu bila hari terakhir kita di dunia ini.
Jom berHIBAH
1 keluarga 1 Hibah
Setkan minda untuk menukarkan HIBA Kepada HIBAH
Kontek saya segera
NORLIAH ETIQA
0111-235 5141
012-635 5141
No comments:
Post a Comment